Sunday

kerana sebiji buah mangga epal

aku baru dapat tau mak aku pergi pasar berjalan kaki cuba korang bayangkan dia berjalan kaki dari rumah aku untuk ke pasar kerana mencari buah epal mangga untuk adik aku yang mengidam. aku rasa terkilan sangat tak bawa mak aku pergi cari buah mangga epal....sebelum ini dia minta lemang dan kami hampir 5 kilometer nak sampai ke genting mencari lemang...ooohhh lupa plak ini adalah cucu pertama. dan pertama kali adik aku yang kental menangis kerana hidung dan tekak berdarah disebabkan itu mak aku bertambah-tambah risau tentang kesihatan adik aku.

~ aku akan jadi anak yang terbaik untuk mu mak
~ susah jugak nak menjaga orang yang mengandung macam-macam mintak
~ akan sentiasa mendoakan kesihatan mak dan mak bahagia

Friday

i love julai ;)

rasa dilayan bagaikan puteri bila bulan julai kembali. tapi umur dah naik 1 tangga lagi...huihuihui..bila lah nak matang dan menjadi tinggi nie. so sweet bila mak call wishkan birthday dan bila balik rumah mak buka peti ais ada kek..terima kasih mak.love u so much...tapi yang peliknya bila dapat wish macam nie 

selamat hari lahir semoga panjang umur dn di murahkn rezeki..tunggu disember ini..hadiah yg paling bermakna.."  

sape yang boleh tolong jawabkan bila dapat masej macam nie.puas pikir dan ayat nie mendatangkan banyak persoalan...

~ aku saje jer tak letak date dekat facebook, tapi ramai juga yang ingat date birthday aku..terima kasih semua..sayang korang-korang semua...
~ kakak-kakak opiz lama suruh datang bangi kutip hadiah
~ sabtu nie ada lunch di chili, KLCC
~ pelik tak kalau nak hadiah nie...;)