Sunday

haiya.... otak tak berhenti berfikir

mula-mula aku malas nak update blog...tapi aku bosan tak tahu nak buat apa. aku tak boleh tidur...aku tak letih....aku tak megantok...aku pun rasa pelik..



tapi



dalam hati bercakap alhamdulillah....langkah pertama berjaya...(ingatkan keiputusan bulan 10 rupanya hari jumaat hari tu..)



aku kena kembangkan lagi langkah untuk naik ke menara gading..(insyallah)




~ pukul 4pagi dah pergi pasar..
~ yeahhh tahun nie tiada nasi impit...
~ daun sup dan daun ketumbar pun aku tak dapat beza kan...
~ alhamdulilah untuk si dia dah bertemu si bunga...(sudah tiba masanya aku hilangkan diri..)
~ tahun ini raya serba hitam...

Saturday

macam mana nak godek nie...


nie yang jadi masalahnya kalau aku dah tolong buka akaun email untuk kakak-kakak nie mesti dorang akan tanya balik pasword dorang dekat aku.kalau sehari dua hari aku leh ingat ler.ini dah 2 3 tahun mana nak ingat lagi.nak aku godek pun tak tahu dekat mana dah.mana ler aku ada simpan lagi. bukan sikit banyak tau aku dah buat email dorang.macam mana aku nak ingatkan balik nie....haiya...

Friday

21 Tips Cegah Jenayah dari PDRM - Penting Sempana Cuti Raya

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet kenderaan mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone atau juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur.

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar. Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

~ selamat hari raya  semua..

assalamuaalaikum


aku akan mula bercuti pada hari jumaat jadi blog aku pun akan di cuti kan. tunggu balik dari cuti aku akan updatekan semua peristiwa seminggu aku cuti tau...

jangan nakal-nakal tau

hati-hati semasa memandu

jaga kesihatan

selamat hari raya maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa.

love u all

see u again until i come back..

Thursday

jawapan-jawapan untuk selamatkan diri...

    kenapa lambat kahwin?
 kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
dah perpunya?
ya..kerana setiap orang di jodohkan 
siapa?
nanti Allah perkenalkan kepadaku
bila?
bila kami dah dipertemukan...insyallah jemput datang ke walimatul urusku nanti
 
~ jangan terlalu kerap bertanya seseorang tu bila nak kawin..kerana semua rahsia dia terletak di tangan Allah..sampai masa Allah akan membongkarkan jua nanti...:)

Wednesday

dia ingat aku nie suka sangat ker

entah asyik meeting jer kerjanya. buang masa jer. pada hal nak cakap benda yang sikit jer. apa-apa entah. ingat aku nie suka sangat nak masuk meeting berjam-jam cakap benda mengarut. habis semua kerja tergendala. dah ler semua kerja nak kejar sebab nak cuti raya nie...




haiya..

Tuesday

bob burger


akhirnya aku jumpa burger bob. walaupun sesesat-sesat nak pergi sana. berguna juga ada
kawan tinggal dekat area keramat nielah. macam-macam halangan nak pergi sana padahal aku dari batu caves jer. hari sabtu malam aku pergi hari ahad malam pun aku pergi jugak..

memang sedap. ramai gila orang. tak putus-putus yang datang sana. tapi kalau hari-hari aku makan mau gemuk aku nanti.hehehe

kalau nak try ini alamat dia..
5, Jalan AU 5C/1,
Taman Lembah Keramat,
54200 Kuala Lumpur
Bob: 013-6402237
Caer: 017-2681781
 
selamat mencuba..:)



Friday

tunggu sampai seru

kita tak tahu bila masanya akan tiba. 
Dia yang menentukan dan merancang perjalanan hidup kita. 
cuma cepat dan lambat jer.





~ tahniah akak akhirnya sudah jumpa pasangan. (16.9.2011)

Monday

tektik mak kejuz kan sahur

hari pertama
akak bangun mak ada masak sambal sardin


hari kedua
akak bangun mak masak sambal telur



~ siap bagi tahu lagi masak apa setiap kali nak bangunkan aku, aku bukan apa aku cuma malas bangun jer...
~ dari aku malas bangun terus aku bangun...mak..mak.. sahaja jer suruh akak bangun

Friday

Siapakah Qarin

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

~ share bersama..

Wednesday

aku ada

Kalau satu hari kau menangis , 
bagitahu aku , aku takjanji nak buat kau tersenyum , 
tapi aku boleh menangis bersama kau :')
 
Kalau satu hari kau ada masalah , 
kau bagitahu aku , aku takjanji nak bagi penyelesaian , 
tapi kau boleh kongsi dengan aku :')

Kalau satu hari kau nak pergi berjalan , 
bagitahu aku , aku takjanji nak halang kau tapi ...............aku boleh teman kau :')
 
Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau , 
aku janji aku akan ada untuk kau :')

Tapi kalau satu hari kau perlukan aku , dan aku tiada , 
mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')
 
~ for farah nur & ummu rumi hani..:) friend 4ever..

tolong dengar sikit

bagi aku hari ni aku datang lambat
sebab pagi-pagi aku dah bergaduh dengan tudung
dia tak nak jadi apa yang aku nak.
haiya susah betul kalau tak nak mendengar kata nie.



~ sudah tidak sibuk lagi
~ semuanya dah selesai
~ alhamdulilah
~ entah bila lah nak bercuti rehatkan diri

Monday

orang loceng ku...


4.30pagi. 1 pesanan ringkas (sms) akan masuk bangun sahur
4.31pagi 1 lagi pesanan ringkas masuk,
4.33pagi panggilan masuk
sampai telifon di jawab

~ itu dulu..



~ gambar yang tiada kaitan dalam crita

~ 8tahun dah berlalu kenapa masih mahu menunggu lagi. tidak letih ker

Saturday

Doalah kpd org tua kita

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu
akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan
wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT..

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA
ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua
mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan
lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn
yarabillialamin. ..." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

dah masuk 6

alhamdulilah semalam aku selamat sampai ke rumah mak walaupun dah pukul 8malam. tapi mak sanggup tunggu nak buka bersama. tentang lauk plak tak payah cakap lah macam-macam mak masak. penuh beb perut aku nie.
yang tak boleh tahan mak cakap akak ada lagi tahu sumbat mak ada wat juga...mana aku tak kenyang giler.

aku ingat itu jer. pastu ada bubur jagung plak dia masak lagi.ye semalam aku tewas, aku dah langgar pantang makan nasi.alamak daulat ler aku hari nie...(mak kan akak dah bagi tau akak nak diet, mak kan suruh akak diet gak...) macam mana nie...mak hari nie jangan masak sedap2 tau mak.masak biasa-biasa jer mak..



~ habis baju kebaya akak tak muat nie.


semalam


adik-kakak pergi mandi, dah malam nie
kakak-kejap lerrrr.
adik-ko tau tak kalau mandi malam2 leh sakit paru-paru berair, aku kan nurse so aku tau ler
kakak-ko membebel dah macam mak dah
adik-&%$##@*

Friday

ramadhan yang kelima

hari nie sibuk sikit coz dah mula nak print document semak-semak document ada tarikh yang perlu di ikuti supaya tidak terlepas dari due date yang di cadangkan..tiba-tiba hari nie rasa sakit hati sangat bila ada satu-satu perkara yang tidak patut telah diadakan. nak membantah tidak terdaya tapi buat secara memberoktak. terasa sangat tidak adil pada diri sendiri tapi tiada siapa yang peduli. tapi bila memikirkan pukul 5petang balik jumpa family sangat seronak walaupun hati sangat sakit sampai tak terkata sekali.

alhamdullilah masih boleh tersenyum lagi bila ada orang bertanya.

tak sabar rasanya nak tunggu pukul 5petang ambik adik dekat sepang pastu terus balik rumah mak buka.puasa sama-sama keluarga. minta-minta jalan tak jam hari nie, tapi KL susah nak dikata.

ooo lupa plak tentang semalam

 semalam aku keluar tapi bukan di restaurant yang di tempah kerana tidak sempat jalan jam jadi pergi restaurant Abdullah  Chan . yang pasti aku masih lagi tidak melanggar pantang  tak makan nasi.terima kasih si dia yang belanja buka puasa serta teman kan aku tapi kita hanya kawan. mungkin hati ini belum terbuka untuk awak . saya masih perlu cari balik kunci yang telah saya hilangkan atau saya perlu buat duplicate key untuk buka kotak hati yang berkarat ini..





perlu ke add dia

when a person ask friend with his girlfriend in fact do not know also have to be to. why have to be friend with his girlfriend. 


~  why want play my feeling
~ facebook...facebook..

Thursday

4 hari aku mula dah tak kisah nak buka apa

cepat betul masa berlalu. hari ini 4 hari berpuasa tapi sekarang kenapa aku macam tak seronok nak buka puasa. macam tiada keinginan nak makan. kalau pergi bazar ramadhan tengok makan semua tak ada nafsu. hari tu pergi bazar pusing sampai 3 kali tapi akhiryer beli air kelapa jer pastu terus balik rumah. dekat rumah hanya buka air kelapa. entah kenapa mood buka macam nie pelik tak macam tahun lepas rambang mata tengok makanan. mungkin sebab aku buka seorang jer dekat rumah. makan pun sorang-sorang. tapi tahun lepas aku sorang  juga.entah apa yang aku fikir pun tak tahu.macam tak der nikmat dah.

ini belum kira nak cakap tentang sahur. lagi lah aku tak bangun walau pun aku bukan tido sangat pun setiap hari.nie lagi satu masalah tido yang melampau .entah kenapa susah sangat nak tido pun tak tahu...entah perangai sape entah aku ikot nie pun tak tau. nak cakap syaitan tipu ler tu coz syaitan kan kena ikat..



~ ada sape nak teman aku buka pose tak.
~ ada orag ajak buka puasa hari nie di johnny's restaurant tapi...nak ker tak (kalau buka sama nanti dia ingat aku bagi harapan plak)

Wednesday

gelisah yer

kenapa hati aku mula gelisah bila tau tentang dia
kenapa masih mahu tau tentang dia

~ semalam mula tidak boleh tidur..:(

hari ketiga puasa mika kaki luka

 jahat ler skru nie masuk dalam kaki mika, cian mika sakit tau..

kaki mika dah ok

Monday

kawan2 ku...

kesian kawan aku yang kerja banci asyik kena kejar dengan anjing jer


~ sabar tau roslina..

sengal betul kawan aku lagi sorang nie pergi klcc semata-mata nak tukar alamat dekat maxis centre dah sedap-sedap ada skandal dengan laki orang aku plak yang terlibat sekali. dah ler pergi klcc pukul 8malam baru nak bertolak mana tak aku angin sampai klcc maxis centra tutup plak. awal-awal nak pose dah rasa sakit hati

~ kang dah kurang pahala bila marah-marah nie..haiya..

mak aku cakap

aku baru tau kalau ambik buah pisang jangan lupa terbang pokok dia sekali. sebab tak baik dah ambik buah, pokok di biar kan...





~ selamat berpuasa semua..:)

kedai mamak section 15

bila teringat kisah lampau rasa sungguh melucukan. demi mengelak dari datang taklimat sanggup pergi makan kedai mamak. tapi dah memang betul dunia ini bulat jer pergi mana-mana boleh jumpa..bukan aku sorang bertebaran, tapi ramai plak terjumpa di trafit light untuk elak dari pergi taklimat.bukan 1, 2 biji kereta, ni 5 biji kereta ini bermakna 5 group mengelak dari taklimat belum lagi kira dalam 5 group ada berapa orang. pusing puya pusing, elak  puya elak last2 terjumpa di kedai mamak. sambil-sambil buat muka tak bersalah dan nampak senyum gigi bersusun.

~ ambik ko bos pun join sekali mengelak gak..
~ nampak sangat semua tak suka pergi taklimat